Pengikut Blog

Wednesday, 13 July 2011

Akal

    Akal adalah sesuatu yang amat bernilai yang allah berikan kepada kita.Tujuan akal adalah untuk mencari iman, membina agama dan akhlak mulia.Akal juga yang membezakan baik dan buruk .Akal itu adalah satu sifat ciri-ciri jiwa ataupun hati..Otak dan hati adalah wadah bagi akal,minda dan perasaan.Terdapat dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang menyatakan "akal adalah cahaya dalam hati yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu.Ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu adalah seperti lampu didalam rumah".Akal juga merupakan wadah untuk menerima dan mendapatkan ilmu pengatahuan.
   Dari aisyah r.anha bahawa dia berkata "akal itu ada 10 bahagian.5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 bahagian lagi batiniah".
5 bahagian yang lahiriah adalah =

  • diam
  • sabar
  • tawaddhu
  • mengingatkan berbuat baik serta melarang berbuat mungkar
  • berbuat amal kebaikan
5 bahagian yang batiniah adalah=

  • berfikir
  • memberikan contoh
  • menganggap dosa sebagai masalah besar
  • takut kepada allah s.w.t
  • merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya
   Marilah kita beramai-ramai memartabatkan  akal sebaik mungkin.Sabda rasulullah s.a.w maksudnya:"berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat sunat setahun"(riwayat ibnu hibban).
Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiang dan tiang agama adalah akal dan setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yang beribadat adalah akal.

No comments:

Post a Comment