Pengikut Blog

Saturday, 16 July 2011

~Ujian allah Ujian yang Indah~


salam sahabat sekalian,
 saya ini budak yang baru hendak dewasa.Yang baru hendak mengenal apa itu erti kedewasaan.Tapi dalam kedewasaan ini pelbagai yang harus saya ceburi.Dalam setiap cabaran yang saya tempuhi cuma ayat ini yang saya rasa betul-betul membimbing saya."tidak kira anda kebuntuan atau dalam kegembiraan ingatlah allah sentiasa disamping mu dan jika anda sesat,pulanglah kepada segala dimana ia bermula".Ayat ini hasil ciptaan hati kecil saya sendiri.Dengan adanya ayat ini saya bukanlah seorang hamba allah yang lemah dalam mengharungi segala ujiannya.Ini kerana allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu ujian yang hambanya tidak mampu lakukan dan ingatlah sahabat sekalian.Allah hanya menguji hambanya yang beriman dan semakin banyak ujian yang diberi semakin sayang allah kepada kita.
  Mungkin dalam usia saya dengan peredaran zaman sekarang ini.Agak sedikit susah untuk memantapkan iman dijiwa.Tapi saya yakin saya pasti boleh lalui ujian yang allah beri dengan sempurna.insyallah...Ujian sebagai pelajar adalah dalam mencari ilmu.Mungkin pada pandangan orang mencari ilmu itu adalah senang. Tetapi bagi orang yang yang betul-betul mencari ilmu.Itu adalah ujian yang besar.Akan tetapi pepatah melayu berkata "hendak seridu daya,tak nak seribu dalih".Mari kita bayang ujian mencari ilmu.Pertama bermula dari rumah hendak kesekolah.Sebelum pergi sekolah kita mesti bawa buku,pakai pakaian yang kemas dan mesti tunggu bas atau jalan kaki bagi yang tidak mampu.Bayangkan jika hujan,bagaimana keadaan kita dengan menunggu bas.Senang ke wahai sahabat ujian ini.Bayangkan lagi dalam menuntut ilmu disekolah kita kena hormat guru walaupun guru itu kurang menyenangkan dan jaga disiplin didalam kelas dan disekolah.Tidak dibenarkan bercakap,tidur ketika guru mengajar dan disekolah kita dikehendaki mendampingi orang yang solehah dan jaga pemakanan dan adap bergaul sesama bukan mahram.Pulang dari sekolah.Jika kita pulang petang kerana kelas habis lambat dan bas sekolah tinggalkan kita dalam keadaan panas terik,seorang diri dan hanya bertawakal kepada allah dalam keadaan itu.Mengapa kita tidak mahu menghargai ujian yang diberikan kepada kita malah semakin menyalahkan tuhan yang esa.astagfirullahalhazim...jangan sesekali menyesal dan tidak menghargai ujian yang allah berikan kerana umatnya yang terpilih sahaja dapat merasai ujian sebegini. Jika sahabat semua orang yang beriman tentu sahabat menghargainya dan tentu sekali tidak sabar untuk ujian yang seterusnya kerana dia tahu bahawa dirinya ini allah sayang.
  Wahai sahabat yang bergelar sebagai muslimah.Saya disini amat menyanjungi dirimu kerana pada zaman sekarang ini ramai muslimah yang diluar bergelar muslimah tetapi didalam hanya allah yang tahu.Dilihat dari luar berhijab ataupun menutup auratnya tetapi bagaimana muslimah itu menutup aurat.Bertutup tetapi dalam keadaan bertelanjang,Bertudung tetapi berbonggol dan tidak menutupi bahagian yang sepatutnya. Sememangnya cantik tetapi cantik yang sementara.Dalam pergaulan berpegang tangan dan duduk berdua-duan.Sememangnya manis tetapi tidak manis dipandang illahi.Apabila ada lelaki dihadapannya,muslimah akan menundukkan kepalanya.Dalam mekapnya yang hanya sekadar bedak asas dan pelembab bibir yang tidak mempunyai warna.Ini kerana muslimah mengetahui bahawa kecantikannya hanya untuk insan yang istimewa. Amat saya sanjungi muslimah ini.Mampu melawan segala godaan.Insyallah allah sentiasa lindungi muslimah sebegini.
  Cinta,kasih dan rindu.Perasaan itu adalah fitrah buat manusia untuk merasa tetapi haruslah berwaspada kerana ia amat melekakan kita.Cintailah insan yang mencari cintanya kerana allah.Berikan lah kasih mu itu kepada insan yang selalu mengharap kasih tuhannya.Rinduilah insan yang sentiasa membawa anda kepada jalan menuju illahi.Terlalu indah jika difikirkan.Tetapi ingatlah jangan sahabat mencintai,memberi kasih mu dan merinduinya melebihi cinta,kasih dan rindu mu kepada illahi,rasulullah dan ibu bapa.Tetapi ingatlah hargai insan yang ada didepan mata jangan sesekali memandangnya dengan sebelah mata kerana sahabat akan menyesal dikemudian hari.Sahabat,saya telah menjumpai insan yang saya rasa mempunyai nilai yang seorang muslimah sejati hedak terhadap bakal pemimpinnya.Saya amat menghargainya dan setiap hari dan setiap kali bersolat saya memmohon supaya saya boleh menjadi tuan punya tulang rusuknya.Perkara yang perlu dinilai terhadap seorang insan itu ada 4:

  • agamanya
  • ilmunya 
  • hartanya
  • rupanya
Mengapa rupa ditempat yang terakhir dan agama ditempat pertama.Ini kerana rupa tidak boleh memberikan apa-apa tetapi agama boleh.Apa yang agama boleh beri:

  • dengan adanya agama dia boleh memimpin kita kejalan yang benar
  • dengan agama dia boleh memberikan kita nafkah yang cukup
  • dengan agama mesti akhlak insan itu terpuji
  • dengan agama dia akan menjaga dan mencintai kita dengan seadanya
Wahai muslimah carilah insan yang sebegini.Nescaya hidup mu akan bahagia didunia dan diakhirat kelak.Bagi sahabat-sahabat lelaki cubalah menjadi insan yang berguna dan mampu lindungi perempuan mu.Tidak usah kamu wahai sahabat semua mecari insan soleh dan solehah jika diri kita bukan golongan yang sebegini.
   Wahai sahabat sekalian tidak kira sebesar mana ujian allah berikan bersabar dan bersyukurlah kerana sahabat adalah insan yang terpilih.Anas berkata:Rasulullah bersabda:"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian,kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda,maka dia akan peroleh keredaan allah dan sesiapa yang bersikap keluh,kesah serta benci menerima ujian itu,maka dia akan mendapat kemurkaan dari allah."(Hadis riwayat at-Tarmizi dan ibn majah)

No comments:

Post a Comment