salam sahabat,
allamdulillah dan syukur kita kehadrat illahi kerana dapat kita bersemuka kembali dengan bulan ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.Sebenarnya amat gembira tidak terhingga dapat berjumpa semula dengan bulan ramadan tahun ini tetapi amat sedih memikirkan untuk meninggalkan bulan syaaban yang mulia ini.Mana tidaknya bulan syaaban bulan rasulullah dan bulan ramadan bulan umat islam.Dalam bulan ramadan kita bukan hanya dikehendaki berpuasa iaitu menahan lapar dan dahaga tetapi menahan dari segala perkara yang berunsur maksiat.Dalam bualan ini semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup ,yang tinggal hanya hawa nafsu.Rasulullah bersabda "Apabila tiba bulan ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Jadi persiapkanlah diri sahabat sekalian sebelum ketibaan bulan ramadan yang mulia ini.Janganlah salahkan syaitan diwaktu itu kerana syaitan pada masa itu telah pun diikat.
Dalam bulan ramadan ini,kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan soleh.Contohnya pada siang hari kita akan berpuasa dan janganlah kita berpuasa kita tidak perlu buat apa-apa.Salah fahaman itu,dalam berpuasa kita dikehendaaki membuat amal kebajikan seperti menolong emak dan ayah dirumah bukannya tidur dari siang hari hingga waktu berbuka.Dimalam hari kita digalakkan menunaikan solat dan amalan-amalan sunat seperti solat sunat terawih,solat sunat taubat,solat sunat witir dan berdoa,berzikir,selawat dan membaca al-quran.Ya allah....wahai sahabat semua rindu sungguh diri untuk menunaikan solat sunat terawih.Hendaklah kita juga mengandakan amalan sunat kita pada 10 hari terakhir bulan ramadan bagi mengharapkan keberkatan malam "lailatul qadar".Hidupkan juga malam 10 terakhir dengan mendirikan qiamullail.
Bulan ramadan terbahagi kepada kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa.Bahagian pertama dipenuhi dengan rahmat allah,bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari allah dan bahagian ketiga ialah pembebasan dari seksa api neraka.Sungguh istimewa bulan ramadan.Sabda baginda dalam hadis lain "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada didalam bulan ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan supaya sepanjang tahun itu bulan ramadan."
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak manfaat untuk menyambut bulan ramadan yang bakal menjelma ini.Selamat berpuasa dan berbanyakkanlah amal soleh mu di bulan yang mulia ini.Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment