Salam sahabat sekalian,
Hati adalah penting dalam diri setiap muslim.Hati yang bersih dan suci akan melahirkan kerohanian yang terpuji.Hati yang terkena racun juga harus diubati.Didalam hati 2 saya ada menulis bagaimana hati itu diracuni. Tip untuk mengubati atau menghidupkan hati :
- Taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan syarat tertentu.Firman allah yang bermaksud "dan memohonlah ampun kepada allah,sesungguhnya ia maha mengampun lagi maha mengasihi".
- Hindari stress atau tekanan hidup.Antara tip untuk menghindari stress :
- Banyak membaca al-quran
- Banyak bersenam
- Kawal pemakanan
- Menangis tetapi tidak berlebihan
- Melihat ikan di aquarium atau melihat kehijaun tumbuh-tumbuhan
- Mandi air suam
- Peluk bayi atau bermain dengan kanak-kanak
- Amalkan teknik urutan
- Bersifat reda.Orang yang reda dalam menerima segala hukum allah adalah orang yang teguh imannya. Dia juga seorang yang bertakwa dan patuh pada allah.Ini adalah kerana dia menerima segala yang diturunkan allah dengan senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
- Rajin berzikir dan membaca al-quran.Zikir dapat dijadikan penghibur buat hati yang resah dan gelisah selain membaca al-quran.Selain dapat menenangkan hati ,zikir juga membolehkan seseorang mendapat ganjaran pahala diakhirat kelak.
- Sentiasa mendampingi para ulama.Bersahabatlah dengan orang-orang yang berilmu atu para ulama kerana hati sentisa hidup dengan pengisian ilmu.Mereka akan membimbing kita dari kelalaian.Rasulullah bersabda yang bermaksud :" kelebihan seorang alim terhadap seorang abid ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang."
- Banyakkan berselawat keatas nabi dapat menjadikan hati seseorang tenang dan sekali gus dapat menjadikan hati lebih terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak baik.Sabda rasulullah yang bermaksud "sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat nescaya allah mengurniakan ke atasnya sepuluh kesejahteraan".
No comments:
Post a Comment