Pengikut Blog

Thursday, 14 July 2011

Tip-tip menghafal

 Salam sahabat kalian,pada kali ini saya akan berkongsi tip menghafal al-quran.Akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira dalam menghafal al-quran.Al-quran adalah mazhab yang suci dan perlu dijaga.
Untuk menghafaz kita memerlukan kekuatan akal.Antara perkara yang boleh melemahkan akal adalah :

  • Ingkar kepada allah dan meninggalkan solat
  • Derhaka kepada ibu bapa atau guru
  • Bercakap perkara yang sia-sia termasuk menyanyi lagu yang boleh menglalaikan
Dalam hal ini juga pemakanan juga harus dijaga.Antara makanan dan minuman yang perlu dielakkan:

  • makanan yang masam dan yang tinggi kandungan asidnya
  • memakan bawang mentah secara berlebihan
  • ketagihan candu,dadah,rokok dan tembakau
  • makan terlalu kenyang atau berlebihan menyebabkan malas dan menggelapkan akal
  • makanan organ dalaman binatang secara berlebihan
  • memakan makanan sisa haiwan perosak atau yang terdedah kepada haiwan yang kotor
  • makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor
  • makanan yang mengandungi kandungan bahan perasa yang tinggi
  • minuman bergas
  • makanan yang berasaskan kepala ikan kerana mengandungi kadar asid yang tinggi
  • memakan makanan yang basi atau hampir basi
Ini adalah petua mudah menghafal:

  • menggerjakan solat malam meskipun 2 rakaat
  • selalu dalam keadaan suci (berwuduk)
  • bertakwa kepada allah,tunduk dan patuh pada segala perintahnya
  • niat makan untuk beribadat bukan untuk hawa nafsu
  • selalu bersiwak (bersugi)
Antara masa yang terbaik untuk menghafal:

  • waktu subuh sebelum terbit fajar siddiq
  • selepas solat subuh
  • sebelum tidur malam
  • malam yang sunyi sepi
  • di antara waktu Maghrib dan Isyak
  • jauh daripada bunyi atau sesuatu yang menganggu 
saya berharap agar segala maklumat diatas dapat membantu sahabat-sahabat sekalian.Jika ada silap sila tunjukkan dan jika ada yang tertinggal sila tambahkan.

No comments:

Post a Comment