semua sahabat tentu mempunyai hati tetapi pernahkah sahabat semua terfikir hati bagaimanakah kita ini dan apakah sebenarnya fungsi hati???
Semua orang tahu bahawa hati adalah organ yang mengendalikan semua anggota tubuh badan.Melalui hati ini, anggota tubuh yang lain akan mengambil teladan yang baik sama ada dalam ketaatan mahupun dalam kemungkaran.Hati bagaikan raja kerana segala perintah yang datang daripadanya harus dilaksanakan oleh anggota tubuh badan yang lain .Jika hati kita baik maka baiklah semua panca indera hasil melakukan perbuatan yang baik.Sabda Rasulullah s.a.w:
"sesungguhnya didalam diri manusia ada seketul daging.Jika daging itu baik maka baiklah seluruh anggota badannya.Tetapi seandainya daging itu kotor dan rosak ,maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.
Dan daging yang dimaksudkan itu adalah hati."
Sahabat-sahabat sekalian yang mana satu hati kita.Hati terdiri dari 3 jenis:
- Qalbun Sahih iaitu hati yang suci.Ianya bermakna hati itu bersih,sihat dan bebas daripada gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah allah.
- Qaldun mayyit ialah hati yang mati.Orang yang mempunyai hati ini tidak mengenal penciptanya.Mereka tidak mahu menyembah allah serta tidak akan dicintai allah.Boleh disimpulkan bahawa orang yang memiliki hati ini tidak mampu mendengar seruan illahi.
- Qaldun maridh ialah hati yang sakit.Golongan yang mempunyai hati ini ,masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit.Kadang kala mereka ini hidup sihat tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan hal-hal dunia.Walau bagaimanapun ,orang yang mempunyai hati ini masih boleh diubati.
No comments:
Post a Comment