Terdapat pelbagai perkara yang boleh mengelapkan hati.Atau yang lebih dikenali dengan panggilan racun hati. racun hati boleh disebabkan oleh 3 penyebab utama iaitu lidah,mata dan perut..jika 3 penyebab utama ini tidak dijaga maka rosaklah hati...
Antara racun yang berpunca dari lidah:
- Berlebih-lebihan dalam berbicara.Betapa bahayanya lidah jika tidak jaga dengan baik kerana ia merupakan anggota dalam tubuh paling baik dan paling buruk.Sabda rasulullah yang bermaksud "Janganlah berkata-kata selain zikrullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar jauh dari allah adalah orang yang memiliki hati yang keras.
- Mengadu domba ialah mengadu tentang keburukan orang kepada orang lain dan suka menambah cerita mengenai keburukan orang lain.Sabda rasulullah :"tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba".
- Mengumpat ialah membicarakan aib orang lain atau bertujuan merosakkan nama baik orang lain pada pandanga umum.
- Fitnah adalah cubaan menghasut,menganggu atau mengacau ketenteraman orang lain melalui perkataan. Firman allah s.w.t yang bermaksud "fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".
- Berlebihan melihat sesuatu.Begitu banyak manusia yang terjerumus dalam perbuatan zina kerana meremehkan pandangan mata.Ada juga yang beranggapan ,tidak akan wujud pengaruh negatif daripada pandangan mereka sehingga menyebabkan mereka memandang hal-hal yang diharamkan allah.Allah berfirman :" katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menutuppemandangan mereka daripada melihat yang terlarang dan menjaga kehormatannya daripada kejahatan.Demikianlah sebaik-baiknya.Sesungguhnya allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."(surah ai-nur:30)
- kita dikehendaki makan sekadar perlu sahaja .Tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.Contoh yang terbaik adalah rasulullah.Rasulullah makan apabila merasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
No comments:
Post a Comment